ARTIKEL ( Pakaian Tradisional Suntik Semangat Muhibbah )
Pakaian Tradisional Suntik Semangat Muhibah Oleh Ahmad Albab -22/07/20151973 KUALA LUMPUR – Lihatlah di sekeliling, sama ada di bandar atau di desa, rakyat Malaysia berbilang kaum tampil dengan pakaian yang pelbagai. Berbicara tentang pakaian tradisional, tidak semua orang Melayu berbaju kurung atau baju Melayu, kaum Cina tidak memakai cheongsam atau samfoo, kaum India pun tidak sentiasa memakai sari atau kurta, begitu juga kaum-kaum lain. Pakaian mereka seringkalinya berdasarkan masa dan situasi. Umpamanya ramai yang berpakaian kasual terutamanya baju-T serta jeans untuk bersantai, keluar membeli-belah atau kegiatan harian, berpakaian kemas jika bekerja di pejabat manakala pakaian tradisional pula dipakai ketika menghadiri pelbagai majlis. Tidak dinafikan pemakaian pakaian tradisional telah semakin berkurangan, namun dalam keadaan tertentu, masyarakat berbilang kaum di negara ini masih memakai pakaian tradisional masing-masing terutama ketika menghadiri kenduri, majlis-majlis ra...





